
Ciri baharu dalam macOS Tahoe

Peribadikan Mac anda dengan cara baharu
Reka bentuk macOS yang direka bentuk semula menampilkan Liquid Glass, yang membawa fokus kepada kandungan anda sambil mengekalkan rasa Mac yang biasa. Sesuaikan ikon app dengan warna-warni atau rupa jernih dan berikan folder rupa tersendiri dengan warna, simbol dan emoji.

Buat panggilan dengan lancar merentas semua peranti anda
Gunakan app Telefon pada Mac untuk membuat dan menerima panggilan dengan hanya satu klik. Akses ciri yang dikenali—seperti Terbaharu, Kenalan dan Mel Suara—dan gunakan ciri baharu seperti Penyaringan Panggilan dan Bantuan Penahanan.

Layari dan ambil tindakan dalam Spotlight
Spotlight membolehkan anda melayari app, fail dan kandungan Papan Klip anda. Anda juga boleh mengambil beratus-ratus tindakan terus daripada hasil tanpa mengangkat tangan anda daripada papan kekunci—dan menggunakan kekunci pantas untuk melaksanakan tindakan dengan lebih cepat.

Navigasi Mac dengan alat kebolehcapaian berkuasa
Ciri kebolehcapaian memastikan semua orang boleh berinteraksi dengan Mac dengan selesa dan berkesan. Pembesar menggunakan kamera disambungkan untuk zum masuk pada persekitaran anda, manakala Pembaca Kebolehcapaian menjadikan teks lebih mudah dibaca dengan fon, warna tersuai dan banyak lagi.

Dapatkan terjemahan langsung
Apple Intelligence* membantu anda berkomunikasi dengan mudah merentas bahasa. Terjemahkan teks secara automatik dalam Mesej, lihat kapsyen langsung dalam FaceTime dan dapatkan terjemahan dituturkan semasa panggilan dalam app Telefon.

App baharu, kemungkinan baharu
Temui perkara lain yang tersedia untuk anda dalam macOS Tahoe. Dengan Jurnal pada Mac, menulis catatan harian anda lebih mudah berbanding sebelum ini. App Permainan membolehkan anda mengatur semua permainan anda di satu tempat. Dan banyak lagi.